Tuesday, 13 December 2011

3 herba efektif untuk kesihatan

Biarpun ilmu perubatan moden kian berkembang namun harus diakui manusia tidak boleh sepenuhnya beralih dari pengubatan tradisional . Ia juga sebenarnya terbukti efektif untuk membantu memulihkan keadaan kesihatan.

Satu kajian yang diterbitkan pada 2002 di dalam Journal of Clinical Pasychatry menyatakan bahawa aromaterapi lemon balm selama empat minggu boleh mengurangkan kegelisahan pada pesakit yang menderita demensia.


Seperti ubat tradisional, ubat-ubatan moden juga banyak bergantung dari tumbuh-tumbuhan dan secara praktikalnya juga sebahagian besar ubat-ubatan yang digunakan kini juga mengandungi komponen herba. Berikut adalah tiga herba semula jadi yang terbukti efektif berdasarkan kajian ilmiah. Ia mungkin boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk mendapat manfaatnya.


1.  Lemon balm

Tanaman herba ini daripada keluarga mint beraroma lemon dan telah lama digunakan untuk menghilangkan panic, meningkatkan memori, membantu tidur dan pencernaan. Tanaman ini bagus untuk mengatasi gigitan binatang berbisa, menenagkan jantung dan mengikis perasaan sedih.
Tanaman yang digunakan di dalam teh membantu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan mengekalkan ketenangan dan fokus. Penyelidikan yang dilakukan juga menunjukkan  bahawa tanaman ini amat efektif pada situasi ekstrem.  
2.  Bawang merah

Bawang digunakan untuk mengatasi pelbagai penyakit . Dalam sistem pengubatan tradisional Timur Tengah, herba ini digunakan untuk mengubati diabetes. Selama permulaan abad ke 20 di permulaan Amerika, bawang digunakan untuk mengatasi gangguan pernafasan dan pencernaan.

Ini berdasarkan kepada,bawang  diyakini dapat meningkatkan prestasi atlet malah peserta Olimpik dahulu kala juga mengambil herba ini dalam bentuk jus atau menggosokkan ke tubuh mereka sebelum pertandingan dimulakan.
Bawang mengandungi thiosulfinates yang membantu mengurangkan gejala diabetes dan melindungi daripada penyakit jantung. Quercetin, iaitu flavonoid yang terdapat di dalam bawang mencegah peradangan yang berkaitan dengan alergi dan juga melindungi daripada radang lambung, kanser kerongkong dan kanser payudara.
Penyelidik juga menganjurkan pemilihan bawang yamg bewarna pekat. Selain itu menurutnya, mengambil bawang dalam keadaan mentah atau dimasak sedikit juga amat baik untuk mencegah hilangnya thiosulfinates akibat panas.
3.  Cili merah
Bumbu tradisional ini banyak digunakan dalam masakan serta untuk mengatasi gangguan mulai dari sakit hingga di dalam merangsang hasrat seks. Secara ilmiahnya, capsaicin, iaitu kandungan yang membuatkan rasa panas dan pedas pada cili dikatakan efektif untuk meredakan rasa sakit otot, rasa tidak nyaman setelah pembedahan dan radang sendi.
            Kajian-kajian menunjukkan bahawa komponen ini menghalang zat kimia penghantar signal yang menghantar rasa sakit ke otak. Satu kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition juga melaporkan bahawa komponen capsaicin juga membantu menghilangkan lemak perut.
Selain itu, cili juga dikatakan dapat mengawal kadar gula dalam darah. Kajian yang diterbitkan di dalam European Journal of Nutrition melaporkan bahawa responden yang mengambil makan tengah hari yang banyak mengandungi capsaicin memiliki kadar hormon pengatur gula darah yang tinggi dalam kadar ghrelin(hormon lapar) yang lebih sedikit berbanding mereka yang mengambil makanan biasa. 

No comments:

Post a Comment