Tuesday, 13 December 2011

8 sikap isteri buat suami makin mencintai




Wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah. Begitu antara kata-kata bagi mengambarkan betapa istimewanya kaum ini. Sekiranya ingin dicintai suami maka cubalah berubah menjadi individu yang disukai

Berdasarkan kajian, kebanyakan lelaki khusunya suami mudah terpikat pada wanita yang memiliki sifat keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Usah tunggu gelaran ‘ibu’ dimiliki barulah terkial-kial hendak mengubah diri. Percayalah bahawa setiap wanita miliki potensi istimewa untuk didekati.
1.Bersikap keanak-anakan tetapi usah keterlaluan
          Ada ketikanya isteri boleh bersikap keanak-anakan untuk menarik perhatian suami. Mungkin, dengan cara yang tidak keterlaluan, pasangan mudah terhibur melihat keletah yang ditunjukkan. Sebagai contoh, serlahkan sikap manja ataupun membuat sesuatu perkara yang lucu hingga si dia ketawa kegembiraan. Asalkan tidak melampau pasti semuanya menyeronokkan.
2.Terbuka menerima huluran
            Isteri yang mudah memahami perasaan suami pastinya lebih dihargai dan dicintai. Sikap ini dapat dilihat melalui huluran maaf dan kesudian si dia mendengar masalah anda. Pilihlah waktu yang tepat untuk berbincang juga perlu diambil kira ketika suami membuat pengakuan bersalahnya. Apabila si isteri tidak melenting atau mengeluarkan kata-kata kesat untuk menyerlahkan perasaan marahnya maka jelaslah bahawa dia sangat memahami anda.
3.Penampilan cantik dan menarik
          Suami pastinya gembira melihat isterinya sentiasa tampil kemas, bersih dan cantik sepanjang masa. Gaya yang menarik membuktikan bahawa dia amat mencintai dirinya sendiri sekali gus berusaha memastikan keluarganya juga menjadi sepertinya. Biarpun sudah beranak tiga namun perwatakan tetap elegan dan mempersonakan. Tentunya suami bangga apabial rakan-rakan menguji kecantikan dan kebijaksanaan isteri mengurus rumah tangga.

4.Bijak berkomunikasi
            Suami amat menyenangi isteri yang pandai berkomunikasi. Usah salah sangka, Berkomunikasi bukan bermakna berleter sebaliknya boleh diajak berbual. Meskipun topik yang dibicarakan bukanlah kegemarannya tetapi isteri dapat mengimbangi untuk terus mengeluarkan pendapatnya. Selain menjadi teman berbual, isteri seperti nin juga mudah menjadi pendengar yang baik sekali gus berupaya mengalihkan topik yang pada mulanya ‘berat’ kepada hal-hal  yang menyeronokkan. Mereka juga berfikiran terbuka serta tidak pernah kering idea untuk membuat lawak jenaka.
5.Senang bergaul serta mudah sesuaikan diri

            Isteri yang mudah bergaul dan bijak menyesuaikan diri mempunyai lebih nilai di mata suami. Lazimnya, mereka tahu adab berhadapan dengan individu yang lebih berusia serta mudah diajak berbicara. Selain fleksibel dalam apa jua situasi, wanita seperti ini betah dibawa ke kampung mahupun desa. Suami tentunya berasa sangat beruntung sekiranya pasangan memiliki sikap sedemikian umpama pucuk dicita ulam mendatang.
6.Bersikap prihatin
            Mungkin isteri kurang peka bahawa suami sebenarnya mengimpikan seorang isteri yang prihatin terhadap keluarga. Prihatin yang dimaksudkan ialah murah hati, mengambil berat, simpati pada individu yang kurang bernasib baik, bersifat keibuan serta adil membuat keputusan.
            Kebaikan yang wajar dan spontan secara tidak langsung mencerminkan hatinya yang luhur. Meskipun paras rupa tidak setanding ratu cantik dunia tetapi kejelitaan dalaman yang ada dalam dirinya mampu memancarkan peribadi yang indah mempersona.
7.Menghargai diri sendiri
            Sedar atau tidak sedar, suami sebenarnya suka kepada isteri yang hormat pada dirinya sendiri selain bersopan santun dan beretika dalam hidupnya. Isteri yang mempunyai sikap ini memiliki baik buruknya tindakan orang lain kepada dirinya.
            Sekiranya dia tidak bersetuju dan merasakan permintaan atau arahan dari sesiapa sahaja mampu menjejaskan dirinya maka dengan segera dia akan bersuara dengan cara yang berhemah.
            Apa yang pasti, isteri jenis ini tidak sekali-sekali membenarkan dirinya diperlakukan sesuka hati. Senang cerita mereka ada pegangan hidup dan suami tidak perlu risau mendirikan rumah tangga dengan wanita seperti ini.
8. Seorang yang penyayang 
         Iaitu seorang suami sentiasa mengimpikan juga seorang isteri yang penyayang. Sentiasa menyayangi suami dalam apa jua keadaan atau situasi. Seorang suami mahukan isteri yang sentiasa berada disampingnya tatkala susah dah senang.




No comments:

Post a Comment