Hadiah apa
yang suami suka
Isteri tak pernah bagi hadiah kepada suami? Mungkin jawapannya adalah sebegini: “Buat apa nak bagi,bukankah semua dia dah punya? Dia pun tak pernah bagi hadiah, apasal nak sibuk sangat ambil hatinya? Hari jadi saya pun dia tak tahu, asyik saya saja yang ucap selamat hari jadi pada dia. Tak payah nak hadiah-hadiahlah, tak bagi pun tak akan mengurangkan cinta saya kepadanya.”Tetapi, bukankah keindahan cinta itu bergantung kepada seberapa senseitifnya kata kepada pasangan? Kalau anda sedih suami tak ingat hari lahir anda, jangan balas dendam pula dengan berpura-pura tak perasan hari jadinya. Walau bagaimanapun, jangan tunggu nak bagi hadiah semasa sambut hari jadi saja sedangkan hari-hari suami dibiarkan tak dihargai. Anda boleh memberi hadiah setiap hari dengan beberapa sikap yang paling disukai daripada seorang isteri.
Doakan
Isteri yang sanggup bangun ditengah malam,menitiskan air mata hibanya semata-mata mahu mengetuk pintu Allah SWT dan berkata :
Wahai Tuhan pemilik kasih saying, kasih sanyangilah suamiku Isteri sebegini sebenarnya telah memberi hadiah lebih berharga dari dunia dan seisinya kepada suami. Para suami pula ingatlah bahawa kejayaan anda kesihatan dan keimanan yang anda miliki boleh jadi Allah SWT kurniakan kerana mendengar rintihan isteri. Rezeki anda sebenarnya Allah nak tujukan kepada anak dan isteri bukan semata-mata kelayakkan diri anda sepenuhnya.Bukankah doa orang beriman itu tidak pernah ditolak oleh Allah. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah seseorang Muslim berdoa yang didalamnya tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberi kepadanya salah satu diantara tiga. Dimakbulkan segara atau Allah menyimpannya untuk akhirat atau Allah menghindarkan darinya darinya keburukan. Mereka (para sahabat) berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakkan doa. Nabi SAW bersabda : Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Mendoa suami jangan tunggu ketika dia bermasalah,jangan memilih masa susah saja boleh jadi Allah SWT biarkan anda susah kerana suka mendengar rintihan anda.
Beri respons positif
Beri respons positif
Jika anda disuruh memilih apakah dipuji suami dan dimaafkan lebih anda sukai walaupun hidup sederhana atau selalu dimarah-marah tetapi suami kaya-raya,manakah yang anda suka?
Sebagaimana isteri, suami juga mahukan respons yang baik bukan dimarah-marah dan dihina-hina. Pasangan yang bahagai mempunyai kebiasaan-kebiasaan positif seperti suka menolong dan memberi semangat untuk berjaya pada satu sama lain. Mereka saling menularkan sikap yang baik,gemar mempengaruhi pasangannya dan membentuk kematangan peribadi bersama-sama.Kalau suami lemah,responlah positif dengan berbincang tentang bagaimana mencari kekuatan. Rasai kekusahannya dan cuba bangkit bersama. Isteri yang pandai memberi respons positif kepada suami sentiasa yakin boleh, gembira dan kuat semangat. Dia mampu menjadi sumber inspirasi suami, hadiah yang paling indah sepanjang hayat.
Respon cinta yang ditonjolkan isteri solehah telah digubah menjadi syair indah oleh Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauzi : “ Cinta laksana pokok. Akarnya adalah kedudukan dan penyerahan jiwa raga. Dahannya adalah mengenali dan memahami. Rantingnya adalah gelisah. Daun-daunnya adalah malu. Buahnya adalah taat. Airnya adalah menyebut dan mengingati. Jiak ada salah satu bahagian yang hilang maka cinta itu berkurangan.
Apakah pokok cinta anda telah memdapat respons yang baik untuk tumbuh dengan mekar ? moga ia tak layu kerana ego, marah dan keinginan membalas dendam. Hadiahkanlah suami pokok cinta paling indah supaya buahnya dapat anda nikmati bersama.
Mengalah
Lelaki yang mudah berjaya memiliki ego yang tinggi untuk mendapat apa yang diimpikannya. Disebab semangatnya yang berapi-api terkadang dia tak sedar telah melukai wanita di sisinya. Jika anda wanita yang memahami jiwa lelaki yang berpotensi menjadi cemerlang, akan anda menghadapi situasi yang sulit ketika memdampinginya.
Menjaga lelaki yang bakal menjadi pemimpin sebuah syarikat tidak sama sengan menjaga lelaki yang tak naik-naik pangkat ! Ego seorang lelaki yang cerdik takkan boleh dikalahkan oleh wanita pengomel, panas baran yang tak sudah-sudah berkeluh kesah. Lelaki hebat hanya boleh dikalahkan dengan sikap mengalah anda kepadanya.
Dengan cara mendampingi tanpa menentang dan ikuti arus yang mengalir dengan tenang. Selagi mana mengalah itu akan akan lebih memberi bonus bagi anda mengapa tidak? Mengalah untuk lebih dicintai suami bukankah lebih baik daripada menentang yang merosakkan kepercayaan kepada anda. Apakah isteriku benar-benar mencintaiku jika selalu menentangku?
Pasangan kita tak perlu hadiah yang mewah jika ketiga-tiga sikap ini disempurnakan dengan indah. Jangan dilupai fiman Allah SWT yang bermaksud : “ Kamu tidak akan mendapat kebaikan yang sempurna sebelum kamu memberi sebahagian milikmu yang kamu cinta.” (Surah Ali Imran : 92)
Tidak ada yang lebih kita cinta di dunia ini selain jiwa dan raga. Wahai suami dan isteri marilah saling memberi .

No comments:
Post a Comment