Monday, 12 December 2011


SUSU COKLAT
RAMPINGKAN BADAN



Jangan  remehkan keberkesanan susu coklat yang sering kita sajikan buat anak-anak. Sering ramai yang menganggap minum susu coklat akan menyebabkan berat badan semakin naik. Namun, dalam kebanyakan sajian didapati bahawa rasa coklat pada susu sebenarnya bukan sahaja boleh menyihatkan, tetapi juga membantu anda untuk menjadi lebih ramping.

       Ramai orang dewasa yang berhenti minum susu kerana bimbang member kesan penambahan berat badan kepada mereka. Sedangkan, menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Strength and Conditioning Research, minum soklat rendah lemak akan membangunkan otot, mengurangi lemak dan meningkatakan daya tahan tubuh.

           “ Baik atlit professional mahupun atlit amatur, sama-sama turut menikmati manfaat pemulihan fizikal ketika mereka minum susu coklat rendah lemak usai latihan, “ ujar Dr. John Ivy, penyelidik utama pada kaian dari Universiti Texas.

              Manfaat yang dirasai para peserta kajian iaitu komposisi tubuh  yang lebih banyak otot dan sedikit lemak sehingga meningkatkan bentuk fizikal secara keseluruhan lebih baik daripada rakan-rakan mereka yang mengambil minimum yang hanya mengandungi karbohidrat.

              Jika dibandingkan dengan jenis minuman lain, mereka yang, minum susu coklat akan dapat menyerap oksigen secara maksimun. Malah, mereka juga dilihat lebih bertenaga apabila berbasikal selama empat jam setengah seminggu, melakukan latihan intensif lima hari seminggu. Penyerapan oksigen secara maksimun adalah salah satu indicator seorang atlit itu memiliki daya tahap dan kemampuan untuk melakukan aktiviti yang berlanjutan. Kajian yang dilakukan ini melibatkan seramai 32 orang atlit berbasikal lelaki dan wanita termasuk yang profesional dan juga amatur. Walaupun begitu, anda tetap perlu mempertimbangkan kandungan gula dalam susu coklat. Apatah lagi, kita dan anak-anak yang bersekolah memiliki otot berbeza daripada para atlit. Juga perlu diingat, terlalu banyak gula juga boleh menyebabkan obesity, sama halnya seperti minum minuman bersoda.

           “Buat masa ini, kami masih belum memahami mekanisme yang boleh menyebabkan susu rendah lemak coklat memberikan manfaat besar bagi atlit. Namun, terdapat sesuatu di dalam protein semula jadi dan campuran karbohidarat pada susu yang menawarkan manfaat yang signifikan,” ujar Ivy lagi.

Diet Mediterania bantu panjangkan usia

Kajian terbaru mandapati bahawa diet Mediterania diringi dengan beberapa factor lain boleh memiliki kemampuan untuk memanjankan usia hidup kaum wanita hingga 15 tahun, sedangkan untuk golongan lelaki pula sebanyak lapan tahun.

Diet Mediterania sememangnya kaya sayuran,minyak zaitun, buah-buahan, kacang, ikan dan biji-bijian, serta rendah daging alcohol. Penyelidik juga telah dilakukan selama 10 tahun oleh ilmuan di Universiti of Maastricht di Belanda yang diikuti oleh 120 ribu lelaki yang wanita berusia di antara 55-69 tahun dari tahun 1986 hingga 1996.

Para penyelidik mengatakan bahawa sukarelawan yang mengikuti diet tersebut telah digabungkan dengan olahraga serta faktor seperti tidak merokok dan menjaga berat badan ideal mampu hidup sehingga 15 tahun lebih lama. Meraka juga mengatakan bahawa menjaga keempat-empat faktor gaya hidup sihat ini secara tidak langsung dapat mengurangi risiko kematian di usia muda.

“Sangat sedikit kajian ini dilakukan di seluruh  dunia bagi mengkaji hubungan di antara kombinasi gaya hidup dan moral dengan cara ini,” kata Piet van dan Brandt, professor Epidemiologi di Maastricht University.


Hasil kajian ini menunjukkan bahawa gaya hidup sihat menyebabkan manfaat kesihatan yang signifikan. Selain itu, kesan diet ini lebih jelas dapat dilihat pada wanita berbanding lelaki. Kata Brandt lagi, di dalam diet Mediterania, kacang-kacangan dan sayur memiliki kesan terbesar pada kadar kematian yang rendah.

No comments:

Post a Comment