Kaabah saksi cinta luhur
Ashraf Muslim
Pencarian si jejaka ini akhirnya menemuai titik noktah tatkala bertemu dara pujaan.Wanita penuh kelembutan bernama Noor Dayana Haji Loqman, 24 menjadi pilihan Mohd Ashraf Muslim, 30 sebagai pasangan sehidup semati
Tiada siapa mampu menduga percaturan Ilahi. Status adik dan abang sebelum ini bertukar menjadi suami isteri. Dataran kaabah menjadi saksi cinta luhur dua jiwa ini. Cinta yang berkembang mekar kini menuju bahagia buat pelakon,Ashraf Muslim dan pasangannya Noor Dayana apabila merekaselamat bergelar suami dan isteri.
1 syawal menjadi detik bersejarah apabila mereka disatukan dalam ikatan pernikahan yang dilakukan sendiri oleh ayah Dayana sambil disaksikan sanak sudara terdekat serta umat islam yang menunaikan solat di rumah Allah itu. Selesai majlis pernikahan, pasangan ini kemudiaanya melakukan solat sunat serta mengelilingi Kaabah sebelum diraikan dalam satu majlis doa selamat. Pasangan ini seterusmya diraikan dalam majlis resepsi sebelah perempuan pada 17 September lalu yang diadakan di Villa Bestari, Kg Sungai Pusu, Gombak Selangor.
Majlis bertemakan Inggeris moden cukup meriah dengan kehadiran tetamu dan sanak saudara. Dalam majlis tersebut, Ashraf dan Noor Dayana tampil segak dan anggun dalam persalinan indah rona putih dan ungun rekaan Ezuwan Ismail. Rona bahagia terpancar jelas pada wajah mempelai ini. Majlis persandingan bermula tepat jam 1.30 petang dengan diiringi pasukan 'bagpipes'.
Kehadiran Dayana Isi ruang kosong
Dalam majlis tersebut, pengantin lelaki turut menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa senaskah al-Quran, telekung, beg tangan Salvatora Ferragamo, iPhone 4, jam tangan berjanama Esprit, kek dan juga sirih junjung. Manakala pihak perempuan membalas 11 dulang hantaran berupa senaskah al-Quran, jam tangan berjenama Qucci, set wangian Boss, cermin mata Prada dan juga kasut berjenama Bally.
"Alhmdulilah syukur kerana segalanya sudah selesai dan kini kami bergelar suami isteri yang sah. Kota Makkah ,menjadi pilihan bapa mertua saya yang mahu kami bernikah disana. Walaupun pada awlnya kami agak gusar tentang prosedur di sana, namun segala perancangan berjalan lancar. Dengan sekali lafaz, kami sah bergelar suami isteri.
"Kini saya memikul tanggungjawab yang cukup besar terhadap isteri dan rumah tangga kami. Sudah pasti tumpuan saya kini adalah bagaimana mengemudi bahtera perkahwinan kami mengikut jalan yang sentiasa diredai Allah. Ini bukan perkara yang mudah tetapi saya yakin mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang dengan baik," ujar Ashraff Muslim yang mengakui ciri-ciri yang ada pada Dayana menambat hatinya untuk memilih sebagai pasangan hidup.
..sebelum ini hubungan kami sekadar adik dan abang sehinggalah suatu hari abang menyuarakan hasrat untuk mengahwini saya.Dengan restu dan doa dari kedua ahli keluarga, kami akhirnya disatukan..
"Malah, kehadirannya mangisi ruang kosong dalam hidup saya selain banyak mambawa perkara positif terutama, dalam memberikan teguran terutama dalam hal manjaga solat. Bukan itu sahaja, dia juga seorang yang pandai memasak terutama masakan ala barat. Sebelum berkahwin, dia pernah memasak lasagna untuk saya." jelas Ashraf yang menyatakan impiannya untuk mendirikan rumah tangga dalam usia 30 tahu ternyata sudah tercapai kini.
Dulu abang dan adik
Sementara itu, Noor Dayana tatkala diterjah persoalan persediaan bergelar isteri selebriti jujur mengakui tidak mengenali Ashraf sebagai seorang pelakon. Ini kerana beberapa tahun sebelum ini mengikuti pengajian perubatan di luar negara iaitu di Manipal University, India.
"Sebelum ini saya tidak tahu abang (Ashraf) adalah seorang pelakon. Bahkan, kami kenal selepas abang datang di tempat Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah sebagai seorang pesakit yang memerlukan bimbingan dan seterusnya menjadi anak murid kepada ayag saya. Kebetulan kami berkongsi minat dan cita rasa yang sama dalam bidang perubatan.
" Pun begitu, sebelum ini hubungan kami sekadar adik dan abang sehinggalah suati hari abang menyuarakan hasrat untuk mengahwini saya. Dengan restu dan doa dari kedua ahli keluarga, kami akhirnya disatukan. Walaupun saya masih belajar, namun itu tidak menjadi penghalang untuk saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri,"ujarnya.
Bagaimana pun menurut Dayana buat masa ini dia dan suami terpaksa tinggal berjauhan memandangkan dirinya perlu menghabiskan pengajian di Melaka. Hanya pada hujung minggu dia akan pulang menemui suami tercinta di Kuala Lumpur.
Dia dalam pada itu faham dengan status Ashraf sebagai seorang selebriti yang pasti akan di kelilingi oleh peminat.
"Pasti ramai yang akan menegur atau ingin mengambil gambar dengannya. Tapi abang sendiri pasti tahu akan menjaga batas-batasnya, jadi pada saya tidak ada sebarang masalah. Cuma, jika dia melebihi batas, siaplah dia!' seloroh Dayana yang tidak menafikan mereka seperti bercinta selepas berkahwin dan ketika itu mereka masih dalam peringkat saling mengenali antara satu sama lain.
Usai majlis persandingan sebelah pihak perempuan, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pada 24 September lalu bertempat di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MTC).
Seindah teman raudah, begitulah konsep yang menjadi pilihan hati Ashraf dan direalisasikan sebaik mungkin oleh Mahatir atau Che Det dari Butik Nasha. Gaya klasik Arab menjadi pilihan pasangan ini. Kedua-dua tampil segak dan anggun dalampersalinan rona merah jambu menyemarakkan lagi
Enggan berlakon lagi
Kesibikan mengendalikan Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah menyebabkan Ashraf tiada masa untuk menerima sebarang tawaran berlakon. Biarpun terasa rindu terhadap bidang yang pernah menonjolkan namanya sebagai seorang pelakon,namun Ashraf mengambil keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bidang perubatan.
"Buat masa sekarang, inilah bidang yang menjadi karier utama saya. Malah, selepas ini saya dan Dayana akan sama-sama berganding bahu dalam memajukan lagi pusat perubatan ini mengikut kemahiran masing-masing.
"Soal berlakon rasanya buat masa sekarang saya berhenti dahulu kerana perlu beri tumpuan kepada Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah yang dikendalikan bersama-sama bapa mertua saya.Kalau diikutkan saya memang mahu berlakon, tetapi kini saya sibuk dengan kerja-kerja di pusat rawatan. InsyaAllah jika ada masa yang sesuai dan ada rezeki, saya pasti takkan tolak," ujarnya yang turut ke negeri-negeri lain untuk merawat pesakit pada setiap jumaat, sabtu dan ahad. Menyentuh tentang persoalan cahaya mata, buat masa sekarang keduanya belum ada perancangan dalam tempoh terdekat kerana mahu menunggu sehingga isterinya Dayana tamat belajar terlebih dahulu.
"Begitu juga dengan soal berbulan madu, memandangkan saya sibuk dengan urusan di pusat perubatan dan Dayana pula masih belajar, kami tangguhkan dahulu soal ini. InsyaAllah, perancangan kami tahun hadapan selepas Dayana tamat belajar kami mahu ke New Zealand." ujar Ashraf tatkala ditanya destinasi berbulan madu yang menjadi pilihan mereka berdua kelak.
Usai majlis persandingan sebelah pihak perempuan, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pada 24 September lalu bertempat di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MTC).Seindah teman raudah, begitulah konsep yang menjadi pilihan hati Ashraf dan direalisasikan sebaik mungkin oleh Mahatir atau Che Det dari Butik Nasha. Gaya klasik Arab menjadi pilihan pasangan ini. Kedua-dua tampil segak dan anggun dalampersalinan rona merah jambu menyemarakkan lagi
Enggan berlakon lagi
Kesibikan mengendalikan Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah menyebabkan Ashraf tiada masa untuk menerima sebarang tawaran berlakon. Biarpun terasa rindu terhadap bidang yang pernah menonjolkan namanya sebagai seorang pelakon,namun Ashraf mengambil keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bidang perubatan.
"Buat masa sekarang, inilah bidang yang menjadi karier utama saya. Malah, selepas ini saya dan Dayana akan sama-sama berganding bahu dalam memajukan lagi pusat perubatan ini mengikut kemahiran masing-masing.
"Soal berlakon rasanya buat masa sekarang saya berhenti dahulu kerana perlu beri tumpuan kepada Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah yang dikendalikan bersama-sama bapa mertua saya.Kalau diikutkan saya memang mahu berlakon, tetapi kini saya sibuk dengan kerja-kerja di pusat rawatan. InsyaAllah jika ada masa yang sesuai dan ada rezeki, saya pasti takkan tolak," ujarnya yang turut ke negeri-negeri lain untuk merawat pesakit pada setiap jumaat, sabtu dan ahad. Menyentuh tentang persoalan cahaya mata, buat masa sekarang keduanya belum ada perancangan dalam tempoh terdekat kerana mahu menunggu sehingga isterinya Dayana tamat belajar terlebih dahulu.
"Begitu juga dengan soal berbulan madu, memandangkan saya sibuk dengan urusan di pusat perubatan dan Dayana pula masih belajar, kami tangguhkan dahulu soal ini. InsyaAllah, perancangan kami tahun hadapan selepas Dayana tamat belajar kami mahu ke New Zealand." ujar Ashraf tatkala ditanya destinasi berbulan madu yang menjadi pilihan mereka berdua kelak.

No comments:
Post a Comment