Friday, 16 December 2011

KEBURUKAN TERBONGKAR BILA BERTENGKAR




   Ketika bertengkar, kita akan melihat keburukan pasangan dimana mereka biasanya akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati, memburuk-burukkan pasangan dan sebagainya namun tatkala rasa cinta di hati, semuanya bertukar. Segalanya nampak manis dan berbahagia. Bagaimana menunujukkan rasa cinta kepada pasangan. Sedikit tip boleh membantu anda.
1.   KEJUJURAN
Dalam menjalin hubungan cinta, kejujuran adalah perkara utama. Tanpa kejujuran, sesebuah perhubungan tiada maknanya. Adakah kita mahu mempercayai semua kata-kata pasangan bulat-bulat kerana kita tidak mahu berbalah? Kalau kita memegang cara begini, sebuah perhubungan tiada maknanya. Bayangkan kita mempercayai pasangan tanpa menyelidikinya. Dia mungkin boleh menipu, membohongi anda dengan semua kata-kata manisnya tetapi di akhirnya, anda juga yang merana. Sebab itulah, disarankan buat semua pasangan berlaku jujr terutama lelaki yang selama ini dilabelkan sebagai kaki perempuan dan sebagainya. Namun kepada lelaki, sekali anda bermain dengan emosi wanita, bila mereka marah, semuanya akan terhambur. Percayalah, jika anda saling mempercayai ,hormat menghormati, saling menyayangi, anda tidak akan tergamak menipu pasangan dan mengugurkan prinsip kejujuran di dalam hati.

2.   KASIH SAYANG
Kata-kata cinta seperti saya sayang awak,saya cintakan awak dan sebagainya sering bermain di bibir mereka yang berkasih sayang. Lebih manis dan indah jika kasih sayang ini benar-benar terbit dari hati pasangan yang ikhlas dan bertopengkan nafsu semata-mata. Sebenarnya kata-kata ini amat mudah diucapkan malah sesiapa saja mampu melafazkannya namun sejauh mana kejujuran anda melafazkannya namun sejauh mana kejujuran anda melafazkannya adalah perkara penting dalam perhubungan. Ramai yang mudah terlena dan terleka dengan pengucapan yang satu ini sehinggakan maruah diri tergadai dan kemudiannya  rasa menyesal. Kasih sayang yang sebenar adalah bila mana anda menghormati pasangan sama seperti anda menyayangi diri sendiri dan menganggap dirinya adalah sebahagian daripada diri anda.
3.   WUJUDKAN SUASANA ROMANTIK
Dalam menjalinkan hubungan, pasti kita mahu menggembirakan pasangan dengan pelbagai cara. Malah biasanya saat-saat romantis adalah peristiwa yang paling dikenang pasangan dimana mereka berasa anda begitu menghargai dirinya dan menyayanginya sepenuh hati.

4.   JANGAN TERLALU BERLEBIHAN
Ada kalanya berlebihan boleh membawa kepada putusnya sebuah perhubungan. Berlebihan bermakna anda terlalu mencintainya sehingga sanggup berbuat apa sahaja sehinggakan perasaan-perasaan negative seperti cemburu, mahu mengongkong dan sebagainya akan wujud dalam diri. Sebaiknya anda harus bersederhana dalam semua keadaan. Mungkin kita pernah membaca bagaimana seorang suami sanggup membunuhnya isterinya hanya kerana cemburu. Begitu juga kejadian disimbah asid dan sebagainya di mana ia adalah angkara cemburu. Jadi apabila anda mencintai pasangan , jangan terlalu berlebihan sebaliknya bersederhanalah dalam segala hal kerana ianya lebih baik…..

No comments:

Post a Comment