Wednesday, 21 December 2011

Pantang larang 

dalampercintaan

Tahukah anda, dalam percintaan, ada beberapa pantang larang yang perlu anda ketahui dan fahami agar ia tidak melukakan hati pasangan . Cuba semak, apa pantang larang yang perlu dipatuhi itu agar cinta anda terus mekar dan hubungan berlangsung dalam harmoni.

1.    Ia bukan satu perlumbaan

Cinta memerlukan keikhlasan dan keikhlasan berkait rapat dengan hati dan perasaan. Sebagai mana anda mahu memilih yang terbaik, begitu jugalah harapan yang pasangan mahukan dari anda tambahan pula “sosial memilih” bukan sosial perkudian atau satu permainan mereka. Tahukah anda, cinta bukan satu perlumbaan yang mana anda boleh memilih seberapa ramai pasangan yang anda mahukan dan anda dianggap “hero” dan “Heroin”  di kalangan kawan-kawan jika Berjaya mengumpul ramai pasangan.

                Cinta sebenarnya adalah satu perasaan yang timbul bila kita menyukai seseorang. Pendapat lain mengatakan, cinta adalah sebuah perilaku seseorang terhadap satu objek lain iaitu pengorbanan diri, empati, perhatian, memberikan kasih sayang, membantu, menuruti setiap perkataan, mengikut, patuh dan sanggup melakukan apa saja demi permintaan objek itu. Jadi, bila anda menyukai seseorang bermakna anda perlu ikhlas dalam setiap perbuatan anda.





2.    Jangan membangkitkan soal bangsa

Cinta tidak mengenal usia mahu pun bangsa . Malaysia sangat bertuah kerana masyarakatnya berbilang bangsa, agama dan kaum. Justeru itu, jika anda jatuh cinta kepada yang berbeza dengan anda jangan sesekali mengungkit kerana ia hanya akan menimbulkan rasa marah. Cinta hanya berkisar kepada hati dan perasaan dan ia tiada kaitan dengan warna kulit atau agama. Jika anda sudah menyayanginya, peganglah rasa cinta itu kerana rasa cinta itu tidak boleh dijual beli di pasaran atau diperoleh dengan mudah seperti di pasar malam.

 
3.    Jangan bangkitkan soal negara

Sesetengah orang bersemangat bila bercakap soal nasionalisme. Bagi mereka, ia tanah tumpah yang tidak perlu dipertikaikan. Jika anda sudah jatuh cinta, jangan sesekali mengutuk kenegaraan pasangan kerana ia hanya menimbulkan kemarahan sahaja. Sebaliknya, anda perlu berbangga apabila cinta anda merentas benua sekali gus anda dapat mempelajari adat resam dan budaya mereka. Bak kata orang, cinta itu indah dan nikmatilah ia bersama orang yang anda cintai.

4.    Jangan terlalu memuja

Pernahkan anda membaca akhbar tentang cerita-cerita  bagaimana ada pasangan yang sanggup menuruti kehendak kehendak pasangannya sekali pun dijadikan hamba seks. Begitu juga kes di mana seseorang itu kerugian puluhan ribu ringgit hanya kerana percaya kepada janji-janji manis pasangan.
                 
Ada juga yang kehilangan maruah dan harga diri kerana cinta. Sekarang, inilah diri anda. Adakah anda termasuk dalam kategori  ini? Jika anda menyayangi diri anda juga.
                Cinta pada asalnya adalah untuk saling menyelamatkan , melindungi dan saling membahagiakan diri sendiri atau pun orang lain dengan sepenuh hati ertinya kita meletakkan diri kepada makhluk yang belum tentu mampu memberikan kebahagiaan sepenuhnya kepada kita. Sepatutnya cinta SWT kerana Dia jugalah yang mampu menciptakan segala-galanya.

5.    Jangan berpura-pura mencintai

Ini adalah satu penghianatan yang paling besar dan semuamorang pantang bila ditipu. Tahukah anga, ada orang cuba mencintai orang lain hanya kerana dia iri hati melihat orang lain punya kekasih.
               
Ada orang yang cuba membalas dendam kerana pernah ditipu sebelum ini dan kerana itulah dia cuba mencintai orang lain selain bermacam-macam kerenah lain. Namun dalam menjalinkan hubungan cinta, anda seharusnya bersikap jujur dan insyaallah anada akan menemui orang uyang anda benar-benar cinta dan dia mencintai anda sepenuh jiwa raganya.

No comments:

Post a Comment