MeHnAh InFoRmAsI
Wednesday, 21 December 2011
Pantang larang
dalampercintaan
Tahukah anda, dalam percintaan, ada beberapa pantang larang yang perlu anda ketahui dan fahami agar ia tidak melukakan hati pasangan . Cuba semak, apa pantang larang yang perlu dipatuhi itu agar cinta anda terus mekar dan hubungan berlangsung dalam harmoni.
1. Ia bukan satu perlumbaan
Cinta memerlukan keikhlasan dan keikhlasan berkait rapat dengan hati dan perasaan. Sebagai mana anda mahu memilih yang terbaik, begitu jugalah harapan yang pasangan mahukan dari anda tambahan pula “sosial memilih” bukan sosial perkudian atau satu permainan mereka. Tahukah anda, cinta bukan satu perlumbaan yang mana anda boleh memilih seberapa ramai pasangan yang anda mahukan dan anda dianggap “hero” dan “Heroin” di kalangan kawan-kawan jika Berjaya mengumpul ramai pasangan.
Cinta sebenarnya adalah satu perasaan yang timbul bila kita menyukai seseorang. Pendapat lain mengatakan, cinta adalah sebuah perilaku seseorang terhadap satu objek lain iaitu pengorbanan diri, empati, perhatian, memberikan kasih sayang, membantu, menuruti setiap perkataan, mengikut, patuh dan sanggup melakukan apa saja demi permintaan objek itu. Jadi, bila anda menyukai seseorang bermakna anda perlu ikhlas dalam setiap perbuatan anda.
2. Jangan membangkitkan soal bangsa
Cinta tidak mengenal usia mahu pun bangsa . Malaysia sangat bertuah kerana masyarakatnya berbilang bangsa, agama dan kaum. Justeru itu, jika anda jatuh cinta kepada yang berbeza dengan anda jangan sesekali mengungkit kerana ia hanya akan menimbulkan rasa marah. Cinta hanya berkisar kepada hati dan perasaan dan ia tiada kaitan dengan warna kulit atau agama. Jika anda sudah menyayanginya, peganglah rasa cinta itu kerana rasa cinta itu tidak boleh dijual beli di pasaran atau diperoleh dengan mudah seperti di pasar malam.
3. Jangan bangkitkan soal negara
Sesetengah orang bersemangat bila bercakap soal nasionalisme. Bagi mereka, ia tanah tumpah yang tidak perlu dipertikaikan. Jika anda sudah jatuh cinta, jangan sesekali mengutuk kenegaraan pasangan kerana ia hanya menimbulkan kemarahan sahaja. Sebaliknya, anda perlu berbangga apabila cinta anda merentas benua sekali gus anda dapat mempelajari adat resam dan budaya mereka. Bak kata orang, cinta itu indah dan nikmatilah ia bersama orang yang anda cintai.
4. Jangan terlalu memuja
Pernahkan anda membaca akhbar tentang cerita-cerita bagaimana ada pasangan yang sanggup menuruti kehendak kehendak pasangannya sekali pun dijadikan hamba seks. Begitu juga kes di mana seseorang itu kerugian puluhan ribu ringgit hanya kerana percaya kepada janji-janji manis pasangan.Ada juga yang kehilangan maruah dan harga diri kerana cinta. Sekarang, inilah diri anda. Adakah anda termasuk dalam kategori ini? Jika anda menyayangi diri anda juga.
Cinta pada asalnya adalah untuk saling menyelamatkan , melindungi dan saling membahagiakan diri sendiri atau pun orang lain dengan sepenuh hati ertinya kita meletakkan diri kepada makhluk yang belum tentu mampu memberikan kebahagiaan sepenuhnya kepada kita. Sepatutnya cinta SWT kerana Dia jugalah yang mampu menciptakan segala-galanya.
5. Jangan berpura-pura mencintai
Ini adalah satu penghianatan yang paling besar dan semuamorang pantang bila ditipu. Tahukah anga, ada orang cuba mencintai orang lain hanya kerana dia iri hati melihat orang lain punya kekasih.
Ada orang yang cuba membalas dendam kerana pernah ditipu sebelum ini dan kerana itulah dia cuba mencintai orang lain selain bermacam-macam kerenah lain. Namun dalam menjalinkan hubungan cinta, anda seharusnya bersikap jujur dan insyaallah anada akan menemui orang uyang anda benar-benar cinta dan dia mencintai anda sepenuh jiwa raganya.Friday, 16 December 2011
KEBURUKAN TERBONGKAR BILA BERTENGKAR
Ketika bertengkar, kita akan melihat keburukan pasangan dimana mereka biasanya akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati, memburuk-burukkan pasangan dan sebagainya namun tatkala rasa cinta di hati, semuanya bertukar. Segalanya nampak manis dan berbahagia. Bagaimana menunujukkan rasa cinta kepada pasangan. Sedikit tip boleh membantu anda.1. KEJUJURAN

Dalam menjalin hubungan cinta, kejujuran adalah perkara utama. Tanpa kejujuran, sesebuah perhubungan tiada maknanya. Adakah kita mahu mempercayai semua kata-kata pasangan bulat-bulat kerana kita tidak mahu berbalah? Kalau kita memegang cara begini, sebuah perhubungan tiada maknanya. Bayangkan kita mempercayai pasangan tanpa menyelidikinya. Dia mungkin boleh menipu, membohongi anda dengan semua kata-kata manisnya tetapi di akhirnya, anda juga yang merana. Sebab itulah, disarankan buat semua pasangan berlaku jujr terutama lelaki yang selama ini dilabelkan sebagai kaki perempuan dan sebagainya. Namun kepada lelaki, sekali anda bermain dengan emosi wanita, bila mereka marah, semuanya akan terhambur. Percayalah, jika anda saling mempercayai ,hormat menghormati, saling menyayangi, anda tidak akan tergamak menipu pasangan dan mengugurkan prinsip kejujuran di dalam hati.2. KASIH SAYANG
Kata-kata cinta seperti saya sayang awak,saya cintakan awak dan sebagainya sering bermain di bibir mereka yang berkasih sayang. Lebih manis dan indah jika kasih sayang ini benar-benar terbit dari hati pasangan yang ikhlas dan bertopengkan nafsu semata-mata. Sebenarnya kata-kata ini amat mudah diucapkan malah sesiapa saja mampu melafazkannya namun sejauh mana kejujuran anda melafazkannya namun sejauh mana kejujuran anda melafazkannya adalah perkara penting dalam perhubungan. Ramai yang mudah terlena dan terleka dengan pengucapan yang satu ini sehinggakan maruah diri tergadai dan kemudiannya rasa menyesal. Kasih sayang yang sebenar adalah bila mana anda menghormati pasangan sama seperti anda menyayangi diri sendiri dan menganggap dirinya adalah sebahagian daripada diri anda.
3. WUJUDKAN SUASANA ROMANTIK
Dalam menjalinkan hubungan, pasti kita mahu menggembirakan pasangan dengan pelbagai cara. Malah biasanya saat-saat romantis adalah peristiwa yang paling dikenang pasangan dimana mereka berasa anda begitu menghargai dirinya dan menyayanginya sepenuh hati.
4. JANGAN TERLALU BERLEBIHAN
Ada kalanya berlebihan boleh membawa kepada putusnya sebuah perhubungan. Berlebihan bermakna anda terlalu mencintainya sehingga sanggup berbuat apa sahaja sehinggakan perasaan-perasaan negative seperti cemburu, mahu mengongkong dan sebagainya akan wujud dalam diri. Sebaiknya anda harus bersederhana dalam semua keadaan. Mungkin kita pernah membaca bagaimana seorang suami sanggup membunuhnya isterinya hanya kerana cemburu. Begitu juga kejadian disimbah asid dan sebagainya di mana ia adalah angkara cemburu. Jadi apabila anda mencintai pasangan , jangan terlalu berlebihan sebaliknya bersederhanalah dalam segala hal kerana ianya lebih baik…..
Wednesday, 14 December 2011
Buang lemak dengan
Halia bara
Bagi anda yang mengalami masalah lemak badan berlebihan, tumbuk empat potong halia bara, sedikit jintan manis dan tiga biji lada hitam sehingga halus. Rendamkan campuran ini dalam segelas air suam. Biarkan selama sejam sebelum ditapis. Amalkan minum setengah gelas pada waktu petang. Lakukan dua kali seminggu. Hasilnya pasti tidak mengecewakan anda.Tuesday, 13 December 2011
3 herba efektif untuk kesihatan
Biarpun ilmu perubatan moden kian berkembang namun harus diakui manusia tidak boleh sepenuhnya beralih dari pengubatan tradisional . Ia juga sebenarnya terbukti efektif untuk membantu memulihkan keadaan kesihatan.
Satu kajian yang diterbitkan pada 2002 di dalam Journal of Clinical Pasychatry menyatakan bahawa aromaterapi lemon balm selama empat minggu boleh mengurangkan kegelisahan pada pesakit yang menderita demensia.
Seperti ubat tradisional, ubat-ubatan moden juga banyak bergantung dari tumbuh-tumbuhan dan secara praktikalnya juga sebahagian besar ubat-ubatan yang digunakan kini juga mengandungi komponen herba. Berikut adalah tiga herba semula jadi yang terbukti efektif berdasarkan kajian ilmiah. Ia mungkin boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk mendapat manfaatnya.
1. Lemon balm
1. Lemon balm
Tanaman herba ini daripada keluarga mint beraroma lemon dan telah lama digunakan untuk menghilangkan panic, meningkatkan memori, membantu tidur dan pencernaan. Tanaman ini bagus untuk mengatasi gigitan binatang berbisa, menenagkan jantung dan mengikis perasaan sedih.
Tanaman yang digunakan di dalam teh membantu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan mengekalkan ketenangan dan fokus. Penyelidikan yang dilakukan juga menunjukkan bahawa tanaman ini amat efektif pada situasi ekstrem. 2. Bawang merah
Bawang digunakan untuk mengatasi pelbagai penyakit . Dalam sistem pengubatan tradisional Timur Tengah, herba ini digunakan untuk mengubati diabetes. Selama permulaan abad ke 20 di permulaan Amerika, bawang digunakan untuk mengatasi gangguan pernafasan dan pencernaan.
Ini berdasarkan kepada,bawang diyakini dapat meningkatkan prestasi atlet malah peserta Olimpik dahulu kala juga mengambil herba ini dalam bentuk jus atau menggosokkan ke tubuh mereka sebelum pertandingan dimulakan.Bawang mengandungi thiosulfinates yang membantu mengurangkan gejala diabetes dan melindungi daripada penyakit jantung. Quercetin, iaitu flavonoid yang terdapat di dalam bawang mencegah peradangan yang berkaitan dengan alergi dan juga melindungi daripada radang lambung, kanser kerongkong dan kanser payudara.
Penyelidik juga menganjurkan pemilihan bawang yamg bewarna pekat. Selain itu menurutnya, mengambil bawang dalam keadaan mentah atau dimasak sedikit juga amat baik untuk mencegah hilangnya thiosulfinates akibat panas.
3. Cili merah
3. Cili merah
Bumbu tradisional ini banyak digunakan dalam masakan serta untuk mengatasi gangguan mulai dari sakit hingga di dalam merangsang hasrat seks. Secara ilmiahnya, capsaicin, iaitu kandungan yang membuatkan rasa panas dan pedas pada cili dikatakan efektif untuk meredakan rasa sakit otot, rasa tidak nyaman setelah pembedahan dan radang sendi.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa komponen ini menghalang zat kimia penghantar signal yang menghantar rasa sakit ke otak. Satu kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition juga melaporkan bahawa komponen capsaicin juga membantu menghilangkan lemak perut.Selain itu, cili juga dikatakan dapat mengawal kadar gula dalam darah. Kajian yang diterbitkan di dalam European Journal of Nutrition melaporkan bahawa responden yang mengambil makan tengah hari yang banyak mengandungi capsaicin memiliki kadar hormon pengatur gula darah yang tinggi dalam kadar ghrelin(hormon lapar) yang lebih sedikit berbanding mereka yang mengambil makanan biasa.
8 sikap isteri buat suami makin mencintai
Wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah. Begitu antara kata-kata bagi mengambarkan betapa istimewanya kaum ini. Sekiranya ingin dicintai suami maka cubalah berubah menjadi individu yang disukai
Berdasarkan kajian, kebanyakan lelaki khusunya suami mudah terpikat pada wanita yang memiliki sifat keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Usah tunggu gelaran ‘ibu’ dimiliki barulah terkial-kial hendak mengubah diri. Percayalah bahawa setiap wanita miliki potensi istimewa untuk didekati.
1.Bersikap keanak-anakan tetapi usah keterlaluan
Ada ketikanya isteri boleh bersikap keanak-anakan untuk menarik perhatian suami. Mungkin, dengan cara yang tidak keterlaluan, pasangan mudah terhibur melihat keletah yang ditunjukkan. Sebagai contoh, serlahkan sikap manja ataupun membuat sesuatu perkara yang lucu hingga si dia ketawa kegembiraan. Asalkan tidak melampau pasti semuanya menyeronokkan.
Isteri yang mudah memahami perasaan suami pastinya lebih dihargai dan dicintai. Sikap ini dapat dilihat melalui huluran maaf dan kesudian si dia mendengar masalah anda. Pilihlah waktu yang tepat untuk berbincang juga perlu diambil kira ketika suami membuat pengakuan bersalahnya. Apabila si isteri tidak melenting atau mengeluarkan kata-kata kesat untuk menyerlahkan perasaan marahnya maka jelaslah bahawa dia sangat memahami anda.
3.Penampilan cantik dan menarik
Suami pastinya gembira melihat isterinya sentiasa tampil kemas, bersih dan cantik sepanjang masa. Gaya yang menarik membuktikan bahawa dia amat mencintai dirinya sendiri sekali gus berusaha memastikan keluarganya juga menjadi sepertinya. Biarpun sudah beranak tiga namun perwatakan tetap elegan dan mempersonakan. Tentunya suami bangga apabial rakan-rakan menguji kecantikan dan kebijaksanaan isteri mengurus rumah tangga.
4.Bijak berkomunikasi
Suami amat menyenangi isteri yang pandai berkomunikasi. Usah salah sangka, Berkomunikasi bukan bermakna berleter sebaliknya boleh diajak berbual. Meskipun topik yang dibicarakan bukanlah kegemarannya tetapi isteri dapat mengimbangi untuk terus mengeluarkan pendapatnya. Selain menjadi teman berbual, isteri seperti nin juga mudah menjadi pendengar yang baik sekali gus berupaya mengalihkan topik yang pada mulanya ‘berat’ kepada hal-hal yang menyeronokkan. Mereka juga berfikiran terbuka serta tidak pernah kering idea untuk membuat lawak jenaka.
5.Senang bergaul serta mudah sesuaikan diri
Isteri yang mudah bergaul dan bijak menyesuaikan diri mempunyai lebih nilai di mata suami. Lazimnya, mereka tahu adab berhadapan dengan individu yang lebih berusia serta mudah diajak berbicara. Selain fleksibel dalam apa jua situasi, wanita seperti ini betah dibawa ke kampung mahupun desa. Suami tentunya berasa sangat beruntung sekiranya pasangan memiliki sikap sedemikian umpama pucuk dicita ulam mendatang.6.Bersikap prihatin
Mungkin isteri kurang peka bahawa suami sebenarnya mengimpikan seorang isteri yang prihatin terhadap keluarga. Prihatin yang dimaksudkan ialah murah hati, mengambil berat, simpati pada individu yang kurang bernasib baik, bersifat keibuan serta adil membuat keputusan.
Kebaikan yang wajar dan spontan secara tidak langsung mencerminkan hatinya yang luhur. Meskipun paras rupa tidak setanding ratu cantik dunia tetapi kejelitaan dalaman yang ada dalam dirinya mampu memancarkan peribadi yang indah mempersona.
7.Menghargai diri sendiri
Sedar atau tidak sedar, suami sebenarnya suka kepada isteri yang hormat pada dirinya sendiri selain bersopan santun dan beretika dalam hidupnya. Isteri yang mempunyai sikap ini memiliki baik buruknya tindakan orang lain kepada dirinya.
Sekiranya dia tidak bersetuju dan merasakan permintaan atau arahan dari sesiapa sahaja mampu menjejaskan dirinya maka dengan segera dia akan bersuara dengan cara yang berhemah.
Apa yang pasti, isteri jenis ini tidak sekali-sekali membenarkan dirinya diperlakukan sesuka hati. Senang cerita mereka ada pegangan hidup dan suami tidak perlu risau mendirikan rumah tangga dengan wanita seperti ini.8. Seorang yang penyayang
Iaitu seorang suami sentiasa mengimpikan juga seorang isteri yang penyayang. Sentiasa menyayangi suami dalam apa jua keadaan atau situasi. Seorang suami mahukan isteri yang sentiasa berada disampingnya tatkala susah dah senang.
Subscribe to:
Comments (Atom)





